IMA Abacus Mental Arithmetic, Kids Learning, Children Learning, IMA Academic, Sensory, Programmes, Foundation, Education, Creative Thinking, IMA, Abacus, Mental Arithmetic, Centre, Franchise, Learning Centre, Children Learning Centre, Enrichment Centre, Mental Arithmetic Learning Malaysia, Abacus Learning Malaysia IMA Abacus Mental Arithmetic, Kids Learning, Children Learning, IMA Academic, Sensory, Programmes, Foundation, Education, Creative Thinking, IMA, Abacus, Mental Arithmetic, Centre, Franchise, Learning Centre, Children Learning Centre, Enrichment Centre, Mental Arithmetic Learning Malaysia, Abacus Learning Malaysia
Pengenalan Program IMA Program Sensor IMA Program Yayasan IMA Program Pemikiran Kreatif IMA Matlamat Pendidikan IMA Peperiksaan Penggredan IMA Kemahiran Program IMA
Tutup  X
scroll left/right to view move
  • Pemikiran Kreatif – 1
  • Pemikiran Kreatif – 2
  • Pemikiran Kreatif – 3
  • Pemikiran Kreatif – 4
  • Pemikiran Kreatif – 5

Program Pemikiran Kreatif IMA

Tahap Pemikiran Kreatif IMA – 1

 

Otak manusia terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian kiri dan kanan. Bahagian kiri otak disebut sebagai otak kiri untuk mengawal bahasa serta watak manakala otak di bahagian kanan pula berfungsi untuk memanipulasi gambar. Walaupun kedua-dua belah otak berfungsi untuk berfikir namun majoriti daripada kanak-kanak hanya menggunakan otak bahagian kiri mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan berfikir. Hal ini adalah disebabkan oleh kurangnya latihan otak kanan. Oleh hal yang demikian, untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah ini, Pusat Perkembangan Mental Arikmetik telah memperkenalkan kaedah eksplorasi kendiri untuk mereka. Ianya merupakan satu cara untuk berfikir dengan gambar serta diikuti dengan pembelajaran kata-kata selepas itu. Semasa berada dalam proses penerokaan, ia berupaya untuk membantu murid untuk memperolehi pengetahuan dengan baik. Hasil daripada eksplorasi kendiri ini adalah amat jelas. Ia bukan sahaja mempercepat kelajuan analisis murid dalam menyelesaikan masalah matematik tetapi pada masa yang sama juga berupaya untuk menjadikan soalan menjadi lebih mudah.

 

Tahap Pemikiran Kreatif IMA – 2

Masalah Matematik memainakan peranan yang penting dalam sukatan subjek Matematik di sekolah rendah. Satu siri pemikiran kreatif telah dirancang. Berdasarkan kepada gambaran sebenar manik, pelajar akan berupaya untuk mempunyai konsep serta menjalankan analisis konkrit. Berfikir melalui gambar dapat mendorong murid untuk memasuki proses pembelajaran eksplorasi kendiri.

 

Gambar Rajah Di Bawah Adalah Hasil Pemerhatian Daripada Murid–Murid Baru :

 

 

Tahap Pemikiran Kreatif IMA – 3

Apakah itu Pemikiran ?

Ringkasanya apabila seseorang itu menerima sebarang jenis mesej, mesej tersebut akan diteruskan secara individu serta membawa kepada maksud yang relevan. Semasa dalam proses tersebut, seseorang itu akan berada dalam keadaan berfikir Oleh sebab itu, ujian pendengaran melalui soalan pemikiran akan dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid secara bebas serta meletakkan asas yang kukuh untuk persoalan literal otak kiri yang diterima pakai oleh Pusat Perkembangan Mental Arikmetik. Selain itu, ini juga dapat membantu murid mengembangkan kemampuan pemikiran pada otak bahagian kanan mereka. Tambahan pula, gambar yang berwarna-warni serta latihan yang menarik juga membolehkan murid membawa imaginasi mereka ke dalam permainan yang hebat.

 

Tahap Pemikiran Kreatif IMA – 4

Menjalankan Pemikiran Berseri Dan Mencerahkan Kreativiti Yang Tiada Batasan

Kita tidak berfikir dalam bentuk linear sebaliknya radiasi. Oleh sebab itu, apabila memikirkan topik utama, terdapat banyak idea samada yang berkaitan ataupun sebaliknya akan terlintasa dalam fikiran mereka. Sebagai contoh, apabila kita bercakap tentang aiskrim, secara langsung otak kita akan membayangkan kesejukkan, kemanisan, rasa yang pelbagai. Sementelahan itu, kita juga akan membayangkan ketulan ais serta minuman ringan. Pada masa yang sama, Kita juga akan membayangkan coklat, vanilla, strawberi serta benda-benda yang berkaitan dengan perkataan rasa diikuti dengan gambar buah-buahan yang turut muncul di dalam otak kita. Minda kita akan menjadi luas serta akan memikirkan pekara-pekara lain yang sebenarnya tiada kaitan dengan aiskrim. Idea-idea ini seakan-akan dilihat sebgai tiada kaitan tetapi ia sebenarnya mepunyai kaitan antara satu sama lain secara semula jadi. Hal ini kerana, setiap idea yang datang adalah daripada idea awal. Sekiranya kita mampu untuk memanfattkan lebih banyak idea, maka ianya akan mencukupi untuk kita memberi inspirasi kepada kreativiti kita.

 


Tahap Pemikiran Kreatif IMA – 5

Titik perbezaan antara manusia dengan haiwan adalah manusia mempunyai otak yang dapat berkembang dengan baik dan mampu untuk berfikir. Manusia adalah haiwan yang sentimental. Selain itu terdapat beberapa kecil yang juga mampu membawa kepada pemikiran kita sehingga kita harus berfikir secara konsisten. Mengapa seseorang itu harus belajar untuk berfikir? Berfikir sebenarnya adalah sejenis keseronokkan. Seseorang itu akan berasa seronok ketika mereka sedang berfikir. Kehidupan seseorang adalah proses daripada diketahui ke tidak diketahui ataupun daripada tidak diketahui ke diketahui. Ini sebenarnya adalah satu proses belajar serta berfikir. Pemikiran dan semangat adalah kekayaan sebenar manusia dan bukannya bahan dan wang, yang terakhir adalah simpanan atas nama kita. Suatu hari nanti, kita akan menyerahkannya balik kepada masyarakat. Sebaliknya, pemikiran dan semangat itu akan menjadi nilai tokok tambah, tidak akan muflis serta ianya dapat dikongsi dengan masyarakat sekeliling. Semua orang mempunyai keinginan untuk berjaya. Sesiapa yang mengambil inisiatif untuk mencari jalan yang terbaik selalunya individu yang banyak berfikir. Orang yang pasif hanya mendengar dan tidak berfikir. Oleh sebab itu, banyak pemikiran diperlukan untuk orang yang berusaha keras. Ianya sebenarnya boleh dikatakan pemikiran adalah merupakan senjata yang disediakan untuk orang yang rajin berusaha. Secara konklusinya, kemajuan serta kejayaan adalah datang daripada pemikiran individu itu sendiri.